Friday, March 26, 2010
AYAT PUJANGGA
"CINTA lahir dalam hati dan bukan dalam bicara.Maknanya cinta tidak perlu diucapkan.. CINTA boleh melukakan sekeping hati yang tidak berdosa.. CINTA pada ALLAH sahaja yang abadi.. CINTA itu adalah anugerah terindah.. CINTA itu cuma satu patah perkataan,ertinya berbeza bagi setiap insan.. Ramai orang pandai mengucapkan dan menghayati cinta tapi tiada sesiapa yang pandai menilai cinta kerana cinta bukannya objek yang boleh dilihat dengan mata kasar,sebaliknya cinta hanya boleh ditilik melalui hati dan perasaan.. CINTA memang indah tapi apabila disertai dengan pembohongan dan dusta,maka keindahan cinta itu akan hilang.. CINTA tidak boleh dipaksa.Nantikan kehadirannya dengan sabar kerana CINTA datang pada saat yang tidak terduga.Jangan lari dari cinta kerana CINTA ITU INDAH.. CINTA tidak harus saling memiliki.. CINTA sangat misteri.Punyai kekuatan yang sangat luar biasa.Bukan untuk difahami tapi dirasa.. CINTA adalah MENCINTAI dan DICINTAI oleh insan yang ditakdirkan untuk kita.Hanya saat kita merasakan cinta,kita akan tahu apa itu cinta.. CINTA bukan dari kata-kata tapi dari segumpal keinginan yang diberi yang diberi kepada hati yang memerlukan.."
Subscribe to:
Comments (Atom)