Friday, October 5, 2012

RELAKAN CINTA ITU HADIR LAGI - 9

Siti Hanisah, si gadis bertudung yang mengenakan kebaya moden berwarna biru sungguh mendamaikan jiwa si lelaki. Padanan yang sesuai dengan berseluar jeans hitam, membuatkan Hanisah tidak merasa kekok. Bukannya mereka pergi ke hotel bertaraf lima bintang pun! Apa yang menarik mata Nazril, tatkala melihat penampilan si Hanisah lebih bergaya berbanding dahulu. ‘Mungkin dia sudah mengecap bahagia.’ Fikirnya seketika.

“Cik Nisa, awak kelihatan tambah cantik sekarang. Apa rahsianya?” Hanya itu yang mampu terucap di bibir Nazril, seakan memahami isi hatinya. Terkebil-kebil mata Hanisah menerima pujian itu. Nyata, ianya telah mengugat hati kecil si Hanisah.

‘Bertambah cantik? Buta agaknya. Apa aku yang dah lama tak dengar pujian sebegitu? Perasan betul!’ Bisikan hati Hanisah seiring dengan tawa kecilnya.

Are you okay, Cik Nisa?” soalan kedua.

It’s okay, Cik Nazril. Saya baik-baik saja. Hrmm..berbalik soalan pertama awak tadi, saya takde menyimpan apa-apa rahsia kecantikan pun. Anyway, thanks okay..”

            “Untuk apa?”

“Untuk pujian Cik Nazril tadi.” Manja suara Hanisah berbicara, seraya melemparkan sebuah senyuman manis untuk si duda berhati kelana itu. Tanpa sedar, wajahnya yang tersipu malu itu telah pun mencuit hati Nazril.

“Pujian itu memang sesuai untuk awak, Cik Nisa.” Nazril sengaja menduga.

“Eh, awak pun apa kurangnya. Sudah lama tak berjumpa, banyak yang sudah berubah. Zaman dah maju, kan?” Sengaja Hanisah berbalik soalan, tidak mahu meleretkan soalan tadi. ‘Mungkin dia sengaja nak menduga aku. Tapi untuk apa pulak?’

“Betul, kata awak tu. Okay, awak nak pesan apa?” Naik panas punggung berlabuh, barulah pelayan datang meminta pesanan. Mungkin ramai pelanggan yang hadir menyebabkan kehadiran mereka tidak disedari. Namun, itu sudah cukup memberi ruang kepada mereka berdua.

            Beberapa minit selepas pesanan mereka diambil, makanan tiba di ruang meja yang tersorok sepi dari pandangan orang ramai. Sungguh mereka menikmati juadah makan malam tersebut. Wajah ayu itu diamati oleh Nazril. Lama. Rasa rindu terubat dihati. Jauh di sudut hatinya untuk bertanyakan..

“Adakah hati yang terluka dahulu..” Nazril mula bersuara. Tiba-tiba suapan Hanisah terhenti. Si gadis itu mula gelisah, takut soalan itu akan menjerat dirinya. Dia perlu berhati-hati, nampaknya.

“..telah terubat, Cik Nisa?” Sambungnya lagi. Si gadis itu mendongak lantas beralih dari pandangan mata si Nazril. Ternyata, Hanisah tidak suka dengan soalan itu!

“Hati luka? Ubat? Dahulu? Saya tak tahu yang mana.”

“Awak sengaja pura-pura tak tahu ke, Cik Nisa?” Sekali lagi si duda itu menduganya. Hatinya terasa sakit seketika. Dia cuba mengawal emosi yang terpendam sejak bertahun lamanya. Barangkali pertemuan ini tidak memberi makna untuk Hanisah, tapi berlainan untuk Nazril. Inilah saat-saat yang dinantikan, setelah mereka terputus cinta pada lima tahun yang lalu!

“Apa yang awak cuba katakan?” Hanisah kelihatan tidak keruan. Cuba untuk memahami soalan si lelaki yang pernah bertakhta di hatinya dahulu.

“Maksud saya, hati yang kecewa kerana cinta lalu. Adakah Cik Nisa sudah berpunya?” Nazril bertanya tanpa melihat wajah itu. Membiarkan Hanisah mengatur ayat.

“Maaf, saya takde jawapan untuk soalan itu.” Ahh, Hanisah tak mungkin nak beralah dengan soalan Nazril seketika tadi. ‘Bukan ini masanya, Aril..’

“Cik Nisa, apakah soalan saya begitu sukar untuk difahami? Tak mungkin saya bertanyakan soalan yang tiada jawapannya.” Nazril cuba menduga. Jari-jemari Hanisah disentuh. Lembut. Dia berani untuk mengenggamnya pula. Cukup kemas.

Hanisah mula tidak keruan. Jelas si Nazril cuba untuk mengembalikan memori perhubungan mereka. Mungkin kasih mereka tidak berakhir dengan baik. Situasi menjadi hangat. Hanisah tak mahu tersasar jauh dengan perasaan lagi!

“Ishh, aku betul-betul tak fahamlah!” Bentak Hanisah. Hatinya mula kepanasan dengan perlakuan Nazril yang mula menunjukkan belang.

Hanisah merentap jari-jemarinya dari genggaman Nazril, dia tidak selesa diperlakukan sebegitu. Mengharap kata maaf langsung tidak tatkala terlihat senyuman sinis yang terlihat di wajah Nazril. Wajah Amran muncul di mindanya seketika. ‘Bodoh, perangai mereka sama saja! Ego yang lebih! Nazril mula bersikap melampau!

“Bukankah itu lebih mudah untuk kau berbicara?” Nazril merenungnya tajam. Lama.

https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/originals/32/c5/41/32c541a9196f9ae641421bd25632fa11.jpg




Thursday, October 4, 2012

RELAKAN CINTA ITU HADIR LAGI - 8


“Wahai Encik Nazril, satu-satunya lelaki yang paling baik saya kenali. Takkan mudah saya lupakan!”

“Aduh, terharu hati saya mendengarkannya.” Nampaknya lelaki ini agak senang dengan gurauan si gadis berhati lara itu.

Do you miss me??” Ahh sudah. Soalan apa ini?

“Hrmm... tentulah saya rindukan awak, termasuk Rita sekali. Apa khabar dia? “ Hanisah cuba melarikan topik. Soalan lelaki itu benar-benar mengugat dirinya sendiri. ‘Mamat ni nak main-mainkan aku agaknya.’

“Hrmm... Don’t you know that between me and Rita is over?” Giliran Nazril pula untuk memperbetulkan kenyataan gadis itu. Hanisah terkesima mendengarkan pertanyaan itu. Bibirnya sungguh berat untuk bersuara. ‘Apa yang sudah terjadi?’

“Tak mungkinlah! Rita tak pernah ceritakan apa-apa pada saya. Bagaimana korang..”

“Cik Nisa, rasanya belum tiba masanya untuk saya ceritakan semua ini. Apa yang nyata, perkahwinan kami sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Tak mungkin saya dapat pulihkan lagi hubungan yang sudah tiada ikatan cinta. Jadi, jalan terakhir kami adalah bercerai.”

Berdiam adalah jalan terbaik untuk Nazril. Dia cuba untuk meluahkan tapi apakan dayanya sebagai seorang lelaki yang punya ego setinggi KLCC, tidak mungkin dapat diruntuhkan begitu sahaja. Lebih elok agar Hanisah tidak bertanya lebih lanjut. ini bukan masanya nak ungkitkan kisah lalu.

“Oh, yeke? Maafkan saya, Nazril. Saya belum dengar lagi tentang berita penceraian kamu berdua. Rita pun takde cakap apa-apa pada saya. Sumpah, saya tak tahu!“ Hatinya sedikit gusar atas pertanyaan yang tidak diundang itu. Dia cuba menyakinkan Nazril kerana tidak mahu lelaki itu tersalah sangka, sedangkan bekas isterinya itu adalah sahabat baiknya sendiri!

“Tak mengapa. Cik Nisa, free tak besok? Saya nak berjumpa dengan awak. Boleh?” Nah, akhirnya Nazril beranikan diri untuk bertanya, tidak mahu berlengah lagi. Dia masih tegun menanti kata putus dari Hanisah. Doa yang berselit harapan, moga-moga Hanisah sudi bertemu dengannya. Kedengaran suara di talian yang teragak-agak untuk menyuarakan jawapan.

“Baiklah, pukul berapa? Di mana?”

“Hrmm..di Village View, Bangi. Malam besok, selepas Maghrib saya datang jemput awak. Jangan terkejut, saya masih ingat lagi rumah awak. Ok, Cik Nisa?” Kedengaran Nazril ketawa kecil di hujung talian. Berlainan dengan Hanisah, pelawaan Nazril hanya menambahkan gusar di hati Hanisah.

Apakah dia juga perlu turut ketawa untuk menyenangkan hati Nazril? Berbaloikah dia untuk mengetahui kesungguhan lelaki itu demi berjumpa dengannya? Apakah dia punya rancangan lain?

Suaranya tersekat di tengah kerongkong, dadanya kian berombak, Hanisah hanya terus mengiyakan tanda persetujuan bila suara Nazril bertanya lagi. Apakah Nazril juga akan bersikap seperti Amran? Apakah Nazril juga punya rancangan lain setelah mereka terputus hubungan?

Keesokkan malamnya, seperti yang dijanjikan, Hanisah dan Nazril bertemu buat kali pertama. Hati si gadis merasa sungguh gementar, sementara hati si duda penuh dengan debaran. Mereka melangkah perlahan menuju ke ruang meja yang tersedia kosong. Mereka bukan ke restoran mewah, tapi situasi hati masing-masing membuatkan gaya mereka seakan bertemu untuk candle light dinner!




RELAKAN CINTA ITU HADIR LAGI - 7


Sudah, cukup cukup sudah..

Cukup sampai disini saja..

Daripada hati gelisah..

Cintaku kau balas dengan dusta..

            “Alahai, siapa pula yang kacau aku pagi-pagi ni?! Time aku senang taknak pula call aku. Kang ada gak manusia yang kena maki dengan aku.” Hanisah merengus sebaik telefon bimbitnya asyik berdering tanpa berhenti. Sudah lebih tiga kali panggilan dibuatnya. Mungkin ada urusan penting gamaknya.

Tangan Hanisah meraba-raba mencari Sony Xperia kepunyaannya yang baru dibeli minggu lepas. Akhirnya deringan itu terhenti seraya Hanisah menjawab panggilan itu.

            “Helo, siapa disana?” Hanisah bertanya sebaik melihat nombor yang tidak dikenali tertera di telefon bimbitnya. Sekalipun dirinya masih mamai dibuai mimpi ngeri semalam, dia masih punya daya ingatan yang kuat. Kelihatan sunyi di hujung talian. Ternyata pertanyaan Hanisah tidak dijawab.

            “Aik, telefon banyak kali tapi taknak jawab pulak. Gila! Malas aku layan orang..”

             “Cik Nisa...” Akhirnya si pemanggil itu bersuara. Nyawa Hanisah bagaikan disentap seraya hamburan kata-kata makiannya disambut oleh satu suara yang sudah lama menyepi. Mahu sahaja dia menyahut kembali seruan nama yang disebutkan oleh lelaki itu.

Sebelum itu, dia cuba berfikir sesuatu. Tidak mahu cepat melatah. Tidak boleh terburu-buru menafikan hakikat. Namun berdasarkan suara garau itu, hanya seorang sahaja di muka bumi ini yang memungkinkan tekaannya tepat.

            “Maaf. Encik salah orang. Saya bukan Nisa. Saya...” Sedang teragak-agak Hanisah membalas panggilan itu, sekali lagi kata-kata Hanisah dipintas oleh lelaki yang tidak diketahuinya. Nisa, nama itu hanya digelar oleh kawan-kawan lamanya. Malah, di tempat kerjanya pun tiada siapa memanggilnya dengan gelaran itu lagi. Tiada lagi!

            “Siti Hanisah Binti Ahmad. Itu nama sebenar awak, kan?”
           
            “Eh..mana awak tau..takkanlah awak ni..” Hanisah seakan dapat meneka suara si lelaki di hujung talian itu. Hanya seorang sahaja lelaki yang boleh memanggilnya dengan nada suara tersebut. Dia takkan lupa walaupun sudah empat tahun terpisah. Dia cuba meneka. Andai dia ialah..

            “Nazril..”        

“Syukurlah sebab awak masih tak lupakan saya lagi.” Tawaan kecil lelaki itu sedikit banyak menenangkan hatinya yang kian bercelaru. Dia cuba berlagak selamba seakan tiada apa-apa yang berlaku.

            “Eh, tak mungkin saya dapat lupakan awak.” Memori lama menggamit lagi. Tergetap bibir Hanisah tatkala tekaannya itu benar. 'Kenapalah kau muncul saat-saat begini??'

“Yeke? Tak percayalah...” Lelaki itu cuba menafikan kenyataan itu. Tak mungkin Hanisah akan mengingatinya lagi. Kali terakhir mereka bertemu pada hari perkahwinan Nazril dengan sahabat baik Hanisah sendiri, Rita Andrina. Itu detik paling pahit untuk ditelan walaupun atas 'kerelaannya' sendiri.



RELAKAN CINTA ITU HADIR LAGI - 6

Mengingatkan detik-detik hitam itu hanya menyakitkan hati Hanisah. Setelah peristiwa hitam itu berlalu, Hanisah kembali bangkit untuk membalas dendam. Dia mahu Amran terseksa di penjara. Lelaki setan itu memang patut dipenjarakan.

“Kalau you berani jejakkan kaki ke balai polis. I juga takkan teragak-agak nak sebarkan video ‘panas’ you ini pada orang ramai. I akan tertangkap tapi you akan terus menanggung MALU untuk seumur hidup you. Ingat tu! Jangan sangka you akan hidup berbahagia lagi. I akan tunggu lelaki mana yang boleh jaga you ‘sebaik’ I. HAHA ” Ugutan ketiga. Tanpa diduga, tubuh Hanisah telah dirakam ketika dia tidak sedarkan diri. Sungguh jijik perlakuannya itu.

Ternyata ugutan itu telah menghantui seluruh hidup Hanisah. Hingga kini, tiada siapa yang mengetahui perangai Amran di sebalik sifatnya yang ‘friendly’ itu. Ikutkan jiwa kacaunya, mahu sahaja dia ‘pergi’ jauh dari dunia ini.

Namun bila difikirkan kembali, bukan Hanisah yang mahukan semua ini. Memang takdirnya jatuh ke tangan Amran tapi Allah Maha Adil. Biar perbuatan durjana itu ditentukan di akhirat kelak. ‘Hidup lelaki itu takkan tenang selagi kebencian aku tidak terpadam. Selama kau tidak menuntut maaf dari aku, selama itulah aku akan membenci, meskipun aku mencintai kau!’

Selama dua tahun berlalu, Hanisah hanya mendiamkan diri.





RELAKAN CINTA ITU HADIR LAGI - 5

Mulanya, Amran adalah salah seorang lelaki yang mencuba nasib untuk memikat Hanisah. Dia berani menyahut cabaran rakan-rakannya sebab kata mereka, Hanisah adalah salah seorang gadis yang paling ‘digeruni’ oleh lelaki yang cuba memikatnya. Gadis itu cukup pandai menjaga dirinya. Di samping, statusnya yang kekal bujang itu membuatkan Amran nekad untuk mendekati Hanisah.

Baginya, gadis yang susah dipikat itulah ‘kesukaannya’. Kadangkala Amran rasa mengalah untuk mendekati gadis itu, tapi mungkin sudah ‘rezekinya’ kerana selang beberapa bulan kemudian, Hanisah sudi menerima pelawaannya untuk menjadi teman perkenalan. Sebagai gadis bertudung, Hanisah tetap meletakkan syarat.

Tanpa sedar, Amran mula jatuh cinta dengan Hanisah. Dia benar-benar tertarik dengan kesungguhan Hanisah untuk mengubahnya menjadi lelaki yang baik. Hanisah setia bersamanya ketika suka dan duka. Ini bukan kisah ‘Syurga Cinta’. Perkenalan yang dianggap akan tamat sebulan kemudian telah berlanjutan selama setahun akhirnya.

Setelah sekian lama, Amran mula membuka pekung di dada, kejayaannya bakal dicapai dengan membuktikan hari ini bahawa Hanisah akan jatuh dalam genggamannya! Setahun dia berlagak baik dengan menerima syarat-syarat Hanisah tanpa sebarang rungutan. Tanpa disedari, Amran cuba memerangkapnya!

Please Amran. Jangan buat I macam ni. Hormatilah I sebagai perempuan. I sayangkan you. I jatuh cinta dengan kesungguhan you sebelum ni. I tertarik dengan kejujuran you selama ni. You tak pernah sentuh I pun. Malah, you hormat I.” Airmatanya mengalir deras tanpa henti. Esakannya semakin kuat. Waima tidak didengar oleh orang lain, yang pasti dia ingin meraung dengan sekuat hati.

“Jadi, kenapa sekarang you mahu hancurkan segala-galanya? Kenapa you perlu lakukan semua ini semata-mata nak rosakkan hidup I? Kenapa Amran? Kenapa?!” Sekali lagi Hanisah cuba merayu padanya. Menyuarakan soalan yang menghimpit benak fikirannya. Dia mengharapkan kekasihnya itu akan berubah hati, mungkin rasa simpati masih terselit dalam jiwa lelaki itu.

“HAHA.. Hopeless! You jangan harap I akan termakan pujuk rayu you itu. Enough, you no need to say anything. You’re mine tonight. Better shut your mouth or i will do more aggressive! Understand?!“  Begitu berani Amran mengugutnya. Apalagi yang Hanisah mampu lakukan. Tangannya direntap kuat. Pujuk rayuan Hanisah hanya dianggap mainan tatkala tawanya yang mengilai memecah kesunyian antara mereka. Sungguh tegar kekasih yang dipuja-puja itu sanggup ‘merosakkan’ dirinya.

Hanisah dipukul. Dipaksa. Diseksa hatinya untuk merelakan. Kakinya cuba melangkah lari walaupun tidak tahu kemana arah tujunya. Sekali lagi tubuhnya menghempas bumi. Cuba bangkit dan berlawan. Sekalipun tiada ilmu mempertahankan diri, Hanisah berani untuk bergelut dengan lelaki durjana itu.

“PANG!” Nah tamparan hebat seorang wanita. Hanisah tidak kesal kerana wajah yang ditampar itu bukan milik kekasihnya tapi syaitan yang bertopengkan manusia.

“Bodoh! You ingat dengan penampar you tu boleh selamatkan diri you ke? Jangan salahkan I kalau you sendiri yang cari nahas. Tadi I minta cara baik tapi you taknak bagi. Now it’s too late, dear. You dah takde peluang nak larikan diri. HAHA “ Ugutan kedua. Kali ini Hanisah terbaring lemah dek tamparannya yang dibalas. Makin Hanisah berdegil, makin keras hati lelaki itu untuk mengasihaninya.

Mulutnya ditekup kuat. Hanisah mulai lemas. Setiap helaian baju gadis itu direntap dari tubuhnya. Auratnya yang dipelihara dari pandangan orang bukan muhrim, malah rambutnya yang dijaga walau sehelai dari berjuta, kini telah menjadi tatapan Amran. Selama bertahun dia melindungi dirinya, akhirnya tewas pada lelaki yang telah dia percayai!

Matanya kian kelam. Nafas Amran jelas kedengaran di telinganya. Dipalingkan wajahnya kerana tidak sanggup rasanya untuk melihat perlakuan Amran itu.

“Kau memang tak guna!” Itulah kata-kata terakhir Hanisah sebelum dia pengsan. Tiada airmata untuk ditangiskan lagi. Tiada daya untuk melawan lagi. Tiada hati yang merelakan sebuah cinta untuk memaafkan segala perbuatan Amran itu. Matanya terus terpejam dengan berharap agar segalanya akan berakhir.


RELAKAN CINTA ITU HADIR LAGI - 4

Please sayang, mungkin I terlalu terburu-buru. But please, just give me a chance. Sekali aje.. I love you so much!” Bisikan sayu Amran itu mula mencairkan segenap hatinya. Hanisah sedar akan siapa dirinya. Dia memang insan yang lemah tapi imannya masih kuat untuk menghalangnya. Hanisah berundur setapak demi setapak, tidak mahu tubuh Amran merapatinya. ‘Jangan harap aku akan dengar cakap kau!’

Walau beribu kali pujukan, Hanisah tetap dengan pendiriannya. Dia tidak mahu maruahnya tercalar! Dosa zina besar balasannya. Itu janji Allah. Sekali terleka pasti akan berulang kembali. Tambahan, bila lahirnya bayi yang tidak bersalah akan ‘membunuhnya’ untuk menjadi waras dalam menghadapi kehidupan kelak. Sehari pun tidak tertanggung rasanya untuk menghadapi penyesalan itu. Inikan pula, untuk seribu tahun lagi. Minta dijauhkan!

Hanisah meleteri Amran, biar dia terlengah dengan ‘niat’ jahatnya itu. Sejenak, Amran kelihatan menahan amarahnya. Peluh di dahi mula membasahi wajahnya tatkala melihat Amran mengenggam kuat tangannya, seakan memberi amaran bahawa dia tidak perlukan leteran itu. Dia hanya mahukan Hanisah menjadi ‘hak milik kekal’nya.

Please Amran, stop it! I don’t know... This is too much. If you love me, you must respect me as your lover.” Hanisah makin hilang sabar tapi dikawal sebaiknya kerana tidak mahu Amran bertindak lebih jauh. Perasaan takut tetap menghantui dirinya. Silap dia sendiri kerana terlalu mempercayai Amran.

Setelah sekian lama, mengapa sekarang lelaki itu menunjukkan belangnya. Airmatanya jelas kelihatan. Ditahan sebaiknya, tidak mahu menunjukkan dia lemah! Rayuan Hanisah tidak diendahkan. Amran tidak peduli! Lebih teruk bila Amran mula bertindak mengasarinya. Tubuhnya kuat ditolak sehingga menyembah bumi. Hanisah mengaduh kesakitan.

By hook or by crook,you must listen to me! Don’t ever think that you can escape from me! Dengan tubuh you yang langsing ni..takkan I nak sia-siakan. YOU ARE MINE!” Berderai ketawa Amran memenuhi tasik penuh kegelapan itu. Diusap lembut wajah berkulit cerah itu, Hanisah memang cantik. Dek kecantikan itu juga telah berjaya menawan hati Amran. Fikirnya, dia berhak memilik gadis itu setelah lama dia menginginkannya. Inilah saat dia menunjukkan belang. Nafsunya mula beraja di minda!

Ternyata kesalahan besar Hanisah tidak dapat diperbetulkan lagi. Dia terlalu menurut kemahuan Amran untuk mengikutinya. Kini, dia sendiri telah terkandas dalam perangkap kekasihnya yang cuba untuk merosakkan dirinya.

“You memang setan! Tak guna! Selama ni you couple dengan I sebab apa? Hanya kerana mahukan tubuh I? What’s wrong with my love, Amran? Isn’t enough for you..

Yes, isn’t enough for me!! I want more other than your love. Kalau boleh, I nak terokai tubuh you sampai I puas. After that, kau boleh berambus selamanya! ” Bentak Amran. Nada suaranya membuatkan Hanisah tersentak. Jantungnya bagaikan terkena halilintar. Hampir pengsan dia mendengar ‘luahan’ lelaki itu.

Tanpa menghiraukan akibatnya, Amran nekad ‘melakukannya’. Bagaikan dirasuk, Amran berkali-kali melempang wajah mulus itu bila Hanisah bertindak melawannya. Baginya, pertaruhan pada rakan-rakannya lebih bermakna daripada cintanya pada Hanisah. Sungguh dayus!



RELAKAN CINTA ITU HADIR LAGI - 3

Sekali lagi fikiran Hanisah digamit sebuah memori luka. Derasnya airmata menebus seribu penyesalan pada tiga tahun yang lalu. Al-quran, miliknya sejak sekolah rendah lagi semakin erat dipelukannya. Terasa berdosa kerana mendiamkan ‘kisah hitam’ tersebut daripada kedua orang tuanya. Dia tidak mahu dikatakan menconteng arang di muka mereka.

Bibirnya terketap menahan ombak di dada. Esakannya kian kuat, waima tiada siapa yang dapat mendengarnya. Luka lama berdarah lagi.Peritnya hati bila dilukai oleh orang yang tersayang. Malah, hancurnya hati bila ‘kesuciannya’ diragut oleh orang yang dicintai, tanpa rela hati. Hanisah telah diperkosa oleh Amran!

Amran mula berkelakuan pelik tatkala mereka menikmati panorama indah pada malam itu. Sudah genap setahun mereka berpacaran, akhirnya Hanisah bersetuju untuk bertemu janji dengan Amran, teman diplomanya. Berdua.

Tanpa sedar Hanisah sudah berada dalam pelukannya. Memang hati gadisnya berasa sungguh damai tetapi Hanisah berasa janggal kerana Amran tidak pernah berbuat demikian sepanjang mereka bersama. Selesa duduk di pangkin yang tersedia. Jauh dari pandangan masyarakat membuatkan Hanisah leka dengan kelakuan Amran.

“I love you, sayang. Syahdu suara Amran meluahkan rasa hatinya. Ucapan itu telah melalaikan Hanisah seketika. Dia tersenyum, hendak dilarang tapi hatinya tak dapat menipu bahawa dia terasa sungguh bahagia di saat itu. ‘Mungkin ini yang dikatakan sehangat asmara’, dalam diam Hanisah berbisik nakal. Lama mereka begitu membuatkan Hanisah lena seketika.

Lama kemudian, Hanisah tersedar dari mimpi. Tubuhnya dapat merasakan bahawa Amran masih di sisinya. Dia cuba untuk bangun tetapi Amran enggan. Perasaanya jadi tidak menentu, bimbang jikalau Amran cuba melakukan sesuatu yang tak baik ke atas dirinya.

“Sudahlah tu sayang. Jom kita balik. Tak elok lama-lama kat sini. Nanti kena tangkap basah pulak.“ Hanisah ketawa kecil. Dia cuba serkap jarang. Dia juga tidak mahu terperangkap dalam keadaan begini. Tidak semena-mena Amran merebahkan tubuhnya dan tangannya yang mendepang digenggam kuat. Hanisah mendesak untuk lepaskan diri. Dia mula menggigil ketakutan.

Waima, tubuhnya yang kecil tidak mungkin boleh menolak tubuh sasa lelaki itu, Hanisah akan terus mendesak Amran. Akibatnya, bibirnya yang kemerahan itu menjadi mangsa rakus si Amran. Hanisah meronta kuat dan kali ini, dia terlepas dari genggaman Amran.

“Hey, you kenapa? Dah hilang akal ke?!!“ Bentak Hanisah bila dirinya mula dipermainkan. Hanisah bingkas bangun untuk menjauhkan dirinya dari Amran.Tangannya tertekup kesan ‘paksaan’ lelaki itu. Terasa sakit, termasuk hatinya yang telah hancur. Dirinya bodoh kerana biarkan Amran memeluk tubuhnya tadi. Seketika Amran meraup wajah, dia kelihatan tidak menentu lagi. ‘Arghh, kenapa dengan aku?!!’

Amran hanya merenung tajam wajah gadis mulus dihadapannya. Dia merasakan bingung seketika. Entah apa yang merewang di fikirannya! Hatinya yang terlalu merindui Hanisah tidak dapat dikawal lagi. Nampaknya, dia telah ‘membiarkan’ syaitan merasuki jiwa kacaunya!


RELAKAN CINTA ITU HADIR LAGI - 2

Siti Hanisah, si gadis yang redha untuk menerima ketentuanNya tapi pasrah dalam menerima kepahitan hidup yang tidak berharga lagi. Kata-kata itu masih terngiang lagi. Apakah maksud Nazril itu? Adakah aku juga tidak layak untuk berhidup baik?  Ini semua salah aku, kah? Masih segar dalam ingatannya.

“Jangan rasa rugi kerana cinta yang tidak dihargai tapi berasa rugilah, jika dirimu tidak berharga lagi. Meskipun cinta itu bahagia tapi manusia telah merumitkannya. “ Pantas Hanisah menyeka airmata yang berlinangan. Saat ini dia memerlukan kekuatan untuk bangkit kembali!

          “Ya Allah,terima kasih atas segalanya. Aku masih berpeluang untuk mensyukuri dan menikmati kehidupan yang bakal aku tempuhi. Itu semua sudah menjadi sejarah dan aku akan biarkan sejarah itu terkubur buat selamanya. Izinkan aku untuk menerokai kehidupan di luar sana dengan baik. Itu semua atas perlindunganMu juga. Amin.” Hanisah menyapu doa itu di seluruh wajahnya. Penuh khusyuk Hanisah memohon padaNya. Dia berharap agar Allah sentiasa mengiringi langkahnya dalam menempuh kehidupan yang masih panjang.

         Malam itu Hanisah lena dibuai mimpi. Tidur adalah ubat untuk meredakan hati yang sakit. Sesudah Hanisah menunaikan solat subuh, dia bingkas bangun mencapai senaskah al-Quran yang tersimpan rapi di atas rak bercorak futuristik itu. Dipeluk dan diciumnya kitab suci itu dengan seribu penyesalan. Hatinya mulai tenang dan damai. Terasa ringan bebanan yang dihadapinya.

Airmatanya bergenang lagi. Dia cuba menahan. Tak mahu tangisan pilu mencuri ruang dia mendekati Illahi. Hanisah mula memahami, mengapa Allah menarik kembali perasaan cinta Amran terhadapnya. Mungkin ini balasan untuk orang yang mudah lupa diri.

Bermulakan dengan Surah al-Fatihah. Syukur Hanisah masih lagi tidak lupa untuk membaca Surah Yassin yang merupakan jantung al-Quran itu. ‘Sudah terbukti segala janji Allah terhadap hambaNya. Mengapa aku tegar menafikan semua itu? Munafiknya aku! Sungguh aku rasa terhina kerana sanggup memperkecilkan kekuasaan Allah selama ini. Subhanallah.’

“Hey,you nak bertanggungjawab ke kalau I pregnant nanti? Masa suka, semua lelaki cakap manis. Ohh dear,it’s ok..it’s alright..but after nine months? Aaaa..mulalah langsung taknak mengaku tu anak you. Silap-silap suruh I buang bayi tu. Ingat I bodoh ke? Please sayang, don’t force me to do anything stupid. I’m really serious about this time.”

Detik-detik cemas itu tidak pernah terluput dari ingatannya. Kiriman emel dari Amran telah merungkai kembali seribu misteri yang menyelubungi kehidupannya. Siapa sangka, gadis yang berpegang kuat pada agamanya, akhirnya tewas ke tangan lelaki yang baru dikenali setahun sahaja!

Masih dia ingat lagi, sewaktu dia mencuba untuk melengahkan ‘niat’ kekasihnya itu. Hanisah tidak sangka bahawa Amran sanggup melukakan hatinya. Itulah pertama kali Amran cuba ‘menyentuh’ tubuhnya. Tiga bulan berkenalan, setahun bercinta, nampaknya Hanisah belum mengenali lelaki di hadapannya masa itu. Dua tahun si Hanisah mendiamkan diri, dia cuba melupakan segalanya dan dia juga sedaya-upaya untuk memujuk hatinya yang terluka. Namun, kesan yang tercalar tetap kekal.


RELAKAN CINTA ITU HADIR LAGI - 1

"Aku dah banyak melukakan hati kau. Dua tahun dah berlalu tapi aku masih dihantui kisah hitam itu! Aku cuba menafikan keadaan tapi hakikatnya kau yang menanggung segala bebanan itu! Aku juga tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan, biarlah aku pergi dengan hati yang tenang. Aku takkan melarang kau membenci aku kerana itulah hukuman yang selayaknya dan aku cuma insan lemah yang merayu untuk dimaafkan. Maafkan aku, sayang. Aku sudah cukup terseksa, mungkin ini balasan untuk orang seperti aku.’

Kiriman emel itu dibaca dengan teliti. Perlahan gerak bibirnya meniti warkah yang terakhir itu. Nampaknya ‘kisah hitam’ lalu berbangkit kembali. Dadanya kian berombak. Mata yang berkaca tidak dapat disorokkan lagi. Dua tahun sudah berlalu, tapi kasihnya pada lelaki itu belum dapat dilupakan. Dia menghela nafas panjang, cuba mencari ketenangan disebaliknya.

Siti Hanisah, gadis berusia 23 tahun merupakan seorang yang cekal meneruskan kehidupannya. Meskipun kasihnya pernah dipermainkan, dia nekad untuk tidak berdendam. Sejak hubungan mereka berakhir, Hanisah berharap agar lelaki itu pergi jauh dari hidupnya. Meskipun kasih lelaki itu masih bersisa di hatinya, dia berharap agar lelaki itu sedar akan kesalahan besarnya. Akhirnya penantiannya terjawab, Amran sanggup mencari Hanisah kembali demi menuntut maaf darinya. Dia tetap bersyukur.

‘Sudahlah, Amran. Aku tidak pernah menyimpan dendam, malah kebencian yang lalu telah aku bawa pergi bersama hati aku yang terluka. Akhirnya kau mencari aku juga. Itu sudah cukup bererti untuk aku memaafkan kau. Kita lupakan kisah silam itu. Sepertimana yang kau katakan, memang cukup berat beban yang dipikul oleh aku selama dua tahun ini. Nasi sudah menjadi bubur, tak guna kita mengungkit lagi. Aku berterima kasih atas cintamu, sayang. Lupakan saja kata-kata aku dahulu.’

Jari-jemari runcingnya pantas membalas kiriman emel itu. Berbekalkan hati yang kecewa dan terluka itu, dia cuba meluahkan segala isi hati yang tersembunyi. Hanisah menarik nafas sedalamnya dan dihembus dengan perlahan, dia cuba mencari ketenangan dan tidak mahu perasaan amarah menguasai dirinya. Otaknya yang dulu sarat memikirkan suratan takdir yang tidak menyebelahinya kian berakhir.
     
SEND. Hanisah menarik nafas lega. Jari-jemari kiam bermain seketika. Sudah lama dia tidak berbalas emel. Kalaulah ‘kisah hitam’ dua tahun lalu tidak terjadi, mungkin mereka masih berbahagia. Lusa, genaplah tiga tahun usia perhubungan Amran dan Hanisah.

Si gadis berhati lara ini dahulunya terlalu sukar menerima hakikat bahawa Amran tidak ditakdirkan untuknya. Ah, itu semua sudah suratan Illahi. Bagaimanapun, selagi tiada kata maaf dari Amran, selagi itulah kebencian yang tersimpan akan mengingatkan Hanisah pada Amran. Teringat kata-kata terakhir darinya untuk sang kekasih.

“ Aku bencikan kau! Kau memang tak layak untuk berhidup baik! Segalanya telah punah kerana kebodohan kau. Aku sayangkan kau! Malah cuba menerima baik kehadiran kau dalam hidup aku. Setelah aku percayakan kau, ini balasannya dengan merampas hak yang bukan milik kau! Aku yang bodoh kerana salah membuat pilihan. Rupanya kau manusia yang bertopengkan syaitan! Pergi mampus dengan semua alasan kau itu, aku tak mahu dengar lagi! Berambus! “

‘Adakah kau juga mampu memaafkan aku atas ketelanjuran kata-kata aku dahulu? Huhh, mana mungkin kau akan menyalahkan aku kerana kata-kata itu tidak setimpal dengan perbuatan terkutuk kau terhadap aku dahulu! Ah, sudahlah. Segalanya telah berakhir. Syukur aku kepadaMu, ya Allah.‘ Bisikan hati itu membuatkan Hanisah bertambah kuat.