“Wahai
Encik Nazril, satu-satunya lelaki yang paling baik saya kenali. Takkan mudah
saya lupakan!”
“Aduh,
terharu hati saya mendengarkannya.” Nampaknya lelaki ini agak senang dengan
gurauan si gadis berhati lara itu.
“Do you miss me??” Ahh sudah. Soalan apa
ini?
“Hrmm...
tentulah saya rindukan awak, termasuk Rita sekali. Apa khabar dia? “ Hanisah
cuba melarikan topik. Soalan lelaki itu benar-benar mengugat dirinya sendiri.
‘Mamat ni nak main-mainkan aku agaknya.’
“Hrmm... Don’t you know that between me and Rita
is over?” Giliran Nazril pula untuk memperbetulkan kenyataan gadis itu. Hanisah
terkesima mendengarkan pertanyaan itu. Bibirnya sungguh berat untuk bersuara.
‘Apa yang sudah terjadi?’
“Tak
mungkinlah! Rita tak pernah ceritakan apa-apa pada saya. Bagaimana korang..”
“Cik
Nisa, rasanya belum tiba masanya untuk saya ceritakan semua ini. Apa yang
nyata, perkahwinan kami sudah tidak dapat diselamatkan lagi. Tak mungkin saya
dapat pulihkan lagi hubungan yang sudah tiada ikatan cinta. Jadi, jalan
terakhir kami adalah bercerai.”
Berdiam adalah jalan terbaik untuk Nazril. Dia
cuba untuk meluahkan tapi apakan dayanya sebagai seorang lelaki yang punya ego
setinggi KLCC, tidak mungkin dapat diruntuhkan begitu sahaja. Lebih elok agar Hanisah
tidak bertanya lebih lanjut. ini bukan masanya nak ungkitkan kisah lalu.
“Oh,
yeke? Maafkan saya, Nazril. Saya belum dengar lagi tentang berita penceraian
kamu berdua. Rita pun takde cakap apa-apa pada saya. Sumpah, saya tak tahu!“
Hatinya sedikit gusar atas pertanyaan yang tidak diundang itu. Dia cuba
menyakinkan Nazril kerana tidak mahu lelaki itu tersalah sangka, sedangkan
bekas isterinya itu adalah sahabat baiknya sendiri!
“Tak
mengapa. Cik Nisa, free tak besok?
Saya nak berjumpa dengan awak. Boleh?” Nah, akhirnya Nazril beranikan diri
untuk bertanya, tidak mahu berlengah lagi. Dia masih tegun menanti kata putus
dari Hanisah. Doa yang berselit harapan, moga-moga Hanisah sudi bertemu
dengannya. Kedengaran suara di talian yang teragak-agak untuk menyuarakan
jawapan.
“Baiklah,
pukul berapa? Di mana?”
“Hrmm..di
Village View, Bangi. Malam besok, selepas Maghrib saya datang jemput awak.
Jangan terkejut, saya masih ingat lagi rumah awak. Ok, Cik Nisa?” Kedengaran
Nazril ketawa kecil di hujung talian. Berlainan dengan Hanisah, pelawaan Nazril
hanya menambahkan gusar di hati Hanisah.
Apakah
dia juga perlu turut ketawa untuk menyenangkan hati Nazril? Berbaloikah dia
untuk mengetahui kesungguhan lelaki itu demi berjumpa dengannya? Apakah dia
punya rancangan lain?
Suaranya
tersekat di tengah kerongkong, dadanya kian berombak, Hanisah hanya terus
mengiyakan tanda persetujuan bila suara Nazril bertanya lagi. Apakah Nazril
juga akan bersikap seperti Amran? Apakah Nazril juga punya rancangan lain
setelah mereka terputus hubungan?
Keesokkan
malamnya, seperti yang dijanjikan, Hanisah dan Nazril bertemu buat kali
pertama. Hati si gadis merasa sungguh gementar, sementara hati si duda penuh
dengan debaran. Mereka melangkah perlahan menuju ke ruang meja yang tersedia
kosong. Mereka bukan ke restoran mewah, tapi situasi hati masing-masing
membuatkan gaya mereka seakan bertemu untuk candle
light dinner!

No comments:
Post a Comment