Friday, October 5, 2012

RELAKAN CINTA ITU HADIR LAGI - 9

Siti Hanisah, si gadis bertudung yang mengenakan kebaya moden berwarna biru sungguh mendamaikan jiwa si lelaki. Padanan yang sesuai dengan berseluar jeans hitam, membuatkan Hanisah tidak merasa kekok. Bukannya mereka pergi ke hotel bertaraf lima bintang pun! Apa yang menarik mata Nazril, tatkala melihat penampilan si Hanisah lebih bergaya berbanding dahulu. ‘Mungkin dia sudah mengecap bahagia.’ Fikirnya seketika.

“Cik Nisa, awak kelihatan tambah cantik sekarang. Apa rahsianya?” Hanya itu yang mampu terucap di bibir Nazril, seakan memahami isi hatinya. Terkebil-kebil mata Hanisah menerima pujian itu. Nyata, ianya telah mengugat hati kecil si Hanisah.

‘Bertambah cantik? Buta agaknya. Apa aku yang dah lama tak dengar pujian sebegitu? Perasan betul!’ Bisikan hati Hanisah seiring dengan tawa kecilnya.

Are you okay, Cik Nisa?” soalan kedua.

It’s okay, Cik Nazril. Saya baik-baik saja. Hrmm..berbalik soalan pertama awak tadi, saya takde menyimpan apa-apa rahsia kecantikan pun. Anyway, thanks okay..”

            “Untuk apa?”

“Untuk pujian Cik Nazril tadi.” Manja suara Hanisah berbicara, seraya melemparkan sebuah senyuman manis untuk si duda berhati kelana itu. Tanpa sedar, wajahnya yang tersipu malu itu telah pun mencuit hati Nazril.

“Pujian itu memang sesuai untuk awak, Cik Nisa.” Nazril sengaja menduga.

“Eh, awak pun apa kurangnya. Sudah lama tak berjumpa, banyak yang sudah berubah. Zaman dah maju, kan?” Sengaja Hanisah berbalik soalan, tidak mahu meleretkan soalan tadi. ‘Mungkin dia sengaja nak menduga aku. Tapi untuk apa pulak?’

“Betul, kata awak tu. Okay, awak nak pesan apa?” Naik panas punggung berlabuh, barulah pelayan datang meminta pesanan. Mungkin ramai pelanggan yang hadir menyebabkan kehadiran mereka tidak disedari. Namun, itu sudah cukup memberi ruang kepada mereka berdua.

            Beberapa minit selepas pesanan mereka diambil, makanan tiba di ruang meja yang tersorok sepi dari pandangan orang ramai. Sungguh mereka menikmati juadah makan malam tersebut. Wajah ayu itu diamati oleh Nazril. Lama. Rasa rindu terubat dihati. Jauh di sudut hatinya untuk bertanyakan..

“Adakah hati yang terluka dahulu..” Nazril mula bersuara. Tiba-tiba suapan Hanisah terhenti. Si gadis itu mula gelisah, takut soalan itu akan menjerat dirinya. Dia perlu berhati-hati, nampaknya.

“..telah terubat, Cik Nisa?” Sambungnya lagi. Si gadis itu mendongak lantas beralih dari pandangan mata si Nazril. Ternyata, Hanisah tidak suka dengan soalan itu!

“Hati luka? Ubat? Dahulu? Saya tak tahu yang mana.”

“Awak sengaja pura-pura tak tahu ke, Cik Nisa?” Sekali lagi si duda itu menduganya. Hatinya terasa sakit seketika. Dia cuba mengawal emosi yang terpendam sejak bertahun lamanya. Barangkali pertemuan ini tidak memberi makna untuk Hanisah, tapi berlainan untuk Nazril. Inilah saat-saat yang dinantikan, setelah mereka terputus cinta pada lima tahun yang lalu!

“Apa yang awak cuba katakan?” Hanisah kelihatan tidak keruan. Cuba untuk memahami soalan si lelaki yang pernah bertakhta di hatinya dahulu.

“Maksud saya, hati yang kecewa kerana cinta lalu. Adakah Cik Nisa sudah berpunya?” Nazril bertanya tanpa melihat wajah itu. Membiarkan Hanisah mengatur ayat.

“Maaf, saya takde jawapan untuk soalan itu.” Ahh, Hanisah tak mungkin nak beralah dengan soalan Nazril seketika tadi. ‘Bukan ini masanya, Aril..’

“Cik Nisa, apakah soalan saya begitu sukar untuk difahami? Tak mungkin saya bertanyakan soalan yang tiada jawapannya.” Nazril cuba menduga. Jari-jemari Hanisah disentuh. Lembut. Dia berani untuk mengenggamnya pula. Cukup kemas.

Hanisah mula tidak keruan. Jelas si Nazril cuba untuk mengembalikan memori perhubungan mereka. Mungkin kasih mereka tidak berakhir dengan baik. Situasi menjadi hangat. Hanisah tak mahu tersasar jauh dengan perasaan lagi!

“Ishh, aku betul-betul tak fahamlah!” Bentak Hanisah. Hatinya mula kepanasan dengan perlakuan Nazril yang mula menunjukkan belang.

Hanisah merentap jari-jemarinya dari genggaman Nazril, dia tidak selesa diperlakukan sebegitu. Mengharap kata maaf langsung tidak tatkala terlihat senyuman sinis yang terlihat di wajah Nazril. Wajah Amran muncul di mindanya seketika. ‘Bodoh, perangai mereka sama saja! Ego yang lebih! Nazril mula bersikap melampau!

“Bukankah itu lebih mudah untuk kau berbicara?” Nazril merenungnya tajam. Lama.

https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/originals/32/c5/41/32c541a9196f9ae641421bd25632fa11.jpg




No comments:

Post a Comment