Thursday, October 4, 2012

RELAKAN CINTA ITU HADIR LAGI - 3

Sekali lagi fikiran Hanisah digamit sebuah memori luka. Derasnya airmata menebus seribu penyesalan pada tiga tahun yang lalu. Al-quran, miliknya sejak sekolah rendah lagi semakin erat dipelukannya. Terasa berdosa kerana mendiamkan ‘kisah hitam’ tersebut daripada kedua orang tuanya. Dia tidak mahu dikatakan menconteng arang di muka mereka.

Bibirnya terketap menahan ombak di dada. Esakannya kian kuat, waima tiada siapa yang dapat mendengarnya. Luka lama berdarah lagi.Peritnya hati bila dilukai oleh orang yang tersayang. Malah, hancurnya hati bila ‘kesuciannya’ diragut oleh orang yang dicintai, tanpa rela hati. Hanisah telah diperkosa oleh Amran!

Amran mula berkelakuan pelik tatkala mereka menikmati panorama indah pada malam itu. Sudah genap setahun mereka berpacaran, akhirnya Hanisah bersetuju untuk bertemu janji dengan Amran, teman diplomanya. Berdua.

Tanpa sedar Hanisah sudah berada dalam pelukannya. Memang hati gadisnya berasa sungguh damai tetapi Hanisah berasa janggal kerana Amran tidak pernah berbuat demikian sepanjang mereka bersama. Selesa duduk di pangkin yang tersedia. Jauh dari pandangan masyarakat membuatkan Hanisah leka dengan kelakuan Amran.

“I love you, sayang. Syahdu suara Amran meluahkan rasa hatinya. Ucapan itu telah melalaikan Hanisah seketika. Dia tersenyum, hendak dilarang tapi hatinya tak dapat menipu bahawa dia terasa sungguh bahagia di saat itu. ‘Mungkin ini yang dikatakan sehangat asmara’, dalam diam Hanisah berbisik nakal. Lama mereka begitu membuatkan Hanisah lena seketika.

Lama kemudian, Hanisah tersedar dari mimpi. Tubuhnya dapat merasakan bahawa Amran masih di sisinya. Dia cuba untuk bangun tetapi Amran enggan. Perasaanya jadi tidak menentu, bimbang jikalau Amran cuba melakukan sesuatu yang tak baik ke atas dirinya.

“Sudahlah tu sayang. Jom kita balik. Tak elok lama-lama kat sini. Nanti kena tangkap basah pulak.“ Hanisah ketawa kecil. Dia cuba serkap jarang. Dia juga tidak mahu terperangkap dalam keadaan begini. Tidak semena-mena Amran merebahkan tubuhnya dan tangannya yang mendepang digenggam kuat. Hanisah mendesak untuk lepaskan diri. Dia mula menggigil ketakutan.

Waima, tubuhnya yang kecil tidak mungkin boleh menolak tubuh sasa lelaki itu, Hanisah akan terus mendesak Amran. Akibatnya, bibirnya yang kemerahan itu menjadi mangsa rakus si Amran. Hanisah meronta kuat dan kali ini, dia terlepas dari genggaman Amran.

“Hey, you kenapa? Dah hilang akal ke?!!“ Bentak Hanisah bila dirinya mula dipermainkan. Hanisah bingkas bangun untuk menjauhkan dirinya dari Amran.Tangannya tertekup kesan ‘paksaan’ lelaki itu. Terasa sakit, termasuk hatinya yang telah hancur. Dirinya bodoh kerana biarkan Amran memeluk tubuhnya tadi. Seketika Amran meraup wajah, dia kelihatan tidak menentu lagi. ‘Arghh, kenapa dengan aku?!!’

Amran hanya merenung tajam wajah gadis mulus dihadapannya. Dia merasakan bingung seketika. Entah apa yang merewang di fikirannya! Hatinya yang terlalu merindui Hanisah tidak dapat dikawal lagi. Nampaknya, dia telah ‘membiarkan’ syaitan merasuki jiwa kacaunya!


No comments:

Post a Comment