Thursday, October 4, 2012

RELAKAN CINTA ITU HADIR LAGI - 2

Siti Hanisah, si gadis yang redha untuk menerima ketentuanNya tapi pasrah dalam menerima kepahitan hidup yang tidak berharga lagi. Kata-kata itu masih terngiang lagi. Apakah maksud Nazril itu? Adakah aku juga tidak layak untuk berhidup baik?  Ini semua salah aku, kah? Masih segar dalam ingatannya.

“Jangan rasa rugi kerana cinta yang tidak dihargai tapi berasa rugilah, jika dirimu tidak berharga lagi. Meskipun cinta itu bahagia tapi manusia telah merumitkannya. “ Pantas Hanisah menyeka airmata yang berlinangan. Saat ini dia memerlukan kekuatan untuk bangkit kembali!

          “Ya Allah,terima kasih atas segalanya. Aku masih berpeluang untuk mensyukuri dan menikmati kehidupan yang bakal aku tempuhi. Itu semua sudah menjadi sejarah dan aku akan biarkan sejarah itu terkubur buat selamanya. Izinkan aku untuk menerokai kehidupan di luar sana dengan baik. Itu semua atas perlindunganMu juga. Amin.” Hanisah menyapu doa itu di seluruh wajahnya. Penuh khusyuk Hanisah memohon padaNya. Dia berharap agar Allah sentiasa mengiringi langkahnya dalam menempuh kehidupan yang masih panjang.

         Malam itu Hanisah lena dibuai mimpi. Tidur adalah ubat untuk meredakan hati yang sakit. Sesudah Hanisah menunaikan solat subuh, dia bingkas bangun mencapai senaskah al-Quran yang tersimpan rapi di atas rak bercorak futuristik itu. Dipeluk dan diciumnya kitab suci itu dengan seribu penyesalan. Hatinya mulai tenang dan damai. Terasa ringan bebanan yang dihadapinya.

Airmatanya bergenang lagi. Dia cuba menahan. Tak mahu tangisan pilu mencuri ruang dia mendekati Illahi. Hanisah mula memahami, mengapa Allah menarik kembali perasaan cinta Amran terhadapnya. Mungkin ini balasan untuk orang yang mudah lupa diri.

Bermulakan dengan Surah al-Fatihah. Syukur Hanisah masih lagi tidak lupa untuk membaca Surah Yassin yang merupakan jantung al-Quran itu. ‘Sudah terbukti segala janji Allah terhadap hambaNya. Mengapa aku tegar menafikan semua itu? Munafiknya aku! Sungguh aku rasa terhina kerana sanggup memperkecilkan kekuasaan Allah selama ini. Subhanallah.’

“Hey,you nak bertanggungjawab ke kalau I pregnant nanti? Masa suka, semua lelaki cakap manis. Ohh dear,it’s ok..it’s alright..but after nine months? Aaaa..mulalah langsung taknak mengaku tu anak you. Silap-silap suruh I buang bayi tu. Ingat I bodoh ke? Please sayang, don’t force me to do anything stupid. I’m really serious about this time.”

Detik-detik cemas itu tidak pernah terluput dari ingatannya. Kiriman emel dari Amran telah merungkai kembali seribu misteri yang menyelubungi kehidupannya. Siapa sangka, gadis yang berpegang kuat pada agamanya, akhirnya tewas ke tangan lelaki yang baru dikenali setahun sahaja!

Masih dia ingat lagi, sewaktu dia mencuba untuk melengahkan ‘niat’ kekasihnya itu. Hanisah tidak sangka bahawa Amran sanggup melukakan hatinya. Itulah pertama kali Amran cuba ‘menyentuh’ tubuhnya. Tiga bulan berkenalan, setahun bercinta, nampaknya Hanisah belum mengenali lelaki di hadapannya masa itu. Dua tahun si Hanisah mendiamkan diri, dia cuba melupakan segalanya dan dia juga sedaya-upaya untuk memujuk hatinya yang terluka. Namun, kesan yang tercalar tetap kekal.


No comments:

Post a Comment