Sudah, cukup cukup sudah..
Cukup sampai disini saja..
Daripada hati gelisah..
Cintaku kau balas dengan dusta..
“Alahai, siapa pula yang kacau aku
pagi-pagi ni?! Time aku senang taknak
pula call aku. Kang ada gak manusia
yang kena maki dengan aku.” Hanisah merengus sebaik telefon bimbitnya asyik
berdering tanpa berhenti. Sudah lebih tiga kali panggilan dibuatnya. Mungkin
ada urusan penting gamaknya.
Tangan
Hanisah meraba-raba mencari Sony Xperia kepunyaannya yang baru dibeli
minggu lepas. Akhirnya deringan itu terhenti seraya Hanisah menjawab panggilan
itu.
“Helo, siapa disana?” Hanisah
bertanya sebaik melihat nombor yang tidak dikenali tertera di telefon
bimbitnya. Sekalipun dirinya masih mamai dibuai mimpi ngeri semalam, dia masih
punya daya ingatan yang kuat. Kelihatan sunyi di hujung talian. Ternyata
pertanyaan Hanisah tidak dijawab.
“Aik, telefon banyak kali tapi
taknak jawab pulak. Gila! Malas aku layan orang..”
“Cik Nisa...” Akhirnya si pemanggil itu
bersuara. Nyawa Hanisah bagaikan disentap seraya hamburan kata-kata makiannya
disambut oleh satu suara yang sudah lama menyepi. Mahu sahaja dia menyahut
kembali seruan nama yang disebutkan oleh lelaki itu.
Sebelum itu, dia cuba berfikir sesuatu. Tidak mahu cepat melatah. Tidak
boleh terburu-buru menafikan hakikat. Namun berdasarkan suara garau itu, hanya
seorang sahaja di muka bumi ini yang memungkinkan tekaannya tepat.
“Maaf.
Encik salah orang. Saya bukan Nisa. Saya...” Sedang teragak-agak Hanisah
membalas panggilan itu, sekali lagi kata-kata Hanisah dipintas oleh lelaki yang
tidak diketahuinya. Nisa, nama itu hanya digelar oleh kawan-kawan lamanya.
Malah, di tempat kerjanya pun tiada siapa memanggilnya dengan gelaran itu lagi.
Tiada lagi!
“Siti
Hanisah Binti Ahmad. Itu nama sebenar awak, kan?”
“Eh..mana awak tau..takkanlah awak ni..”
Hanisah seakan dapat meneka suara si lelaki di hujung talian itu. Hanya seorang
sahaja lelaki yang boleh memanggilnya dengan nada suara tersebut. Dia takkan lupa
walaupun sudah empat tahun terpisah. Dia cuba meneka. Andai dia ialah..
“Nazril..”
“Syukurlah sebab awak masih tak lupakan saya lagi.” Tawaan kecil lelaki itu
sedikit banyak menenangkan hatinya yang kian bercelaru. Dia cuba berlagak
selamba seakan tiada apa-apa yang berlaku.
“Eh, tak mungkin saya dapat lupakan awak.”
Memori lama menggamit lagi. Tergetap bibir Hanisah tatkala tekaannya itu benar. 'Kenapalah kau muncul saat-saat begini??'
“Yeke?
Tak percayalah...” Lelaki itu cuba menafikan kenyataan itu. Tak mungkin Hanisah
akan mengingatinya lagi. Kali terakhir mereka bertemu pada hari perkahwinan Nazril dengan sahabat baik Hanisah sendiri, Rita Andrina. Itu detik paling pahit untuk ditelan walaupun atas 'kerelaannya' sendiri.

No comments:
Post a Comment