Mengingatkan
detik-detik hitam itu hanya menyakitkan hati Hanisah. Setelah peristiwa hitam
itu berlalu, Hanisah kembali bangkit untuk membalas dendam. Dia mahu Amran
terseksa di penjara. Lelaki setan itu memang patut dipenjarakan.
“Kalau
you berani jejakkan kaki ke balai
polis. I juga takkan teragak-agak nak
sebarkan video ‘panas’ you ini pada
orang ramai. I akan tertangkap tapi you akan terus menanggung MALU untuk
seumur hidup you. Ingat tu! Jangan
sangka you akan hidup berbahagia
lagi. I akan tunggu lelaki mana yang
boleh jaga you ‘sebaik’ I. HAHA ” Ugutan ketiga. Tanpa diduga,
tubuh Hanisah telah dirakam ketika dia tidak sedarkan diri. Sungguh jijik perlakuannya
itu.
Ternyata
ugutan itu telah menghantui seluruh hidup Hanisah. Hingga kini, tiada siapa
yang mengetahui perangai Amran di sebalik sifatnya yang ‘friendly’ itu. Ikutkan jiwa kacaunya, mahu sahaja dia ‘pergi’ jauh
dari dunia ini.
Namun
bila difikirkan kembali, bukan Hanisah yang mahukan semua ini. Memang takdirnya
jatuh ke tangan Amran tapi Allah Maha Adil. Biar perbuatan durjana itu
ditentukan di akhirat kelak. ‘Hidup
lelaki itu takkan tenang selagi kebencian aku tidak terpadam. Selama kau tidak
menuntut maaf dari aku, selama itulah aku akan membenci, meskipun aku mencintai
kau!’
Selama
dua tahun berlalu, Hanisah hanya mendiamkan diri.

No comments:
Post a Comment