Mulanya,
Amran adalah salah seorang lelaki yang mencuba nasib untuk memikat Hanisah. Dia
berani menyahut cabaran rakan-rakannya sebab kata mereka, Hanisah adalah salah
seorang gadis yang paling ‘digeruni’ oleh lelaki yang cuba memikatnya. Gadis
itu cukup pandai menjaga dirinya. Di samping, statusnya yang kekal bujang itu
membuatkan Amran nekad untuk mendekati Hanisah.
Baginya,
gadis yang susah dipikat itulah ‘kesukaannya’. Kadangkala Amran rasa mengalah
untuk mendekati gadis itu, tapi mungkin sudah ‘rezekinya’ kerana selang
beberapa bulan kemudian, Hanisah sudi menerima pelawaannya untuk menjadi teman
perkenalan. Sebagai gadis bertudung, Hanisah tetap meletakkan syarat.
Tanpa
sedar, Amran mula jatuh cinta dengan Hanisah. Dia benar-benar tertarik dengan
kesungguhan Hanisah untuk mengubahnya menjadi lelaki yang baik. Hanisah setia
bersamanya ketika suka dan duka. Ini bukan kisah ‘Syurga Cinta’. Perkenalan
yang dianggap akan tamat sebulan kemudian telah berlanjutan selama setahun
akhirnya.
Setelah
sekian lama, Amran mula membuka pekung di dada, kejayaannya bakal dicapai
dengan membuktikan hari ini bahawa Hanisah akan jatuh dalam genggamannya!
Setahun dia berlagak baik dengan menerima syarat-syarat Hanisah tanpa sebarang
rungutan. Tanpa disedari, Amran cuba memerangkapnya!
“Please Amran. Jangan buat I macam ni. Hormatilah I sebagai perempuan. I sayangkan you. I jatuh cinta dengan
kesungguhan you sebelum ni. I tertarik dengan kejujuran you selama ni. You tak pernah sentuh I
pun. Malah, you hormat I.” Airmatanya mengalir deras tanpa
henti. Esakannya semakin kuat. Waima tidak didengar oleh orang lain, yang pasti
dia ingin meraung dengan sekuat hati.
“Jadi,
kenapa sekarang you mahu hancurkan
segala-galanya? Kenapa you perlu
lakukan semua ini semata-mata nak rosakkan hidup I? Kenapa Amran? Kenapa?!” Sekali lagi Hanisah cuba merayu padanya.
Menyuarakan soalan yang menghimpit benak fikirannya. Dia mengharapkan kekasihnya
itu akan berubah hati, mungkin rasa simpati masih terselit dalam jiwa lelaki
itu.
“HAHA..
Hopeless! You jangan harap I akan termakan pujuk rayu you itu. Enough, you no need to say anything. You’re mine tonight. Better shut
your mouth or i will do more aggressive! Understand?!“ Begitu berani Amran mengugutnya. Apalagi
yang Hanisah mampu lakukan. Tangannya direntap kuat. Pujuk rayuan Hanisah hanya
dianggap mainan tatkala tawanya yang mengilai memecah kesunyian antara mereka.
Sungguh tegar kekasih yang dipuja-puja itu sanggup ‘merosakkan’ dirinya.
Hanisah
dipukul. Dipaksa. Diseksa hatinya untuk merelakan. Kakinya cuba melangkah lari
walaupun tidak tahu kemana arah tujunya. Sekali lagi tubuhnya menghempas bumi.
Cuba bangkit dan berlawan. Sekalipun tiada ilmu mempertahankan diri, Hanisah berani
untuk bergelut dengan lelaki durjana itu.
“PANG!”
Nah tamparan hebat seorang wanita. Hanisah tidak kesal kerana wajah yang
ditampar itu bukan milik kekasihnya tapi syaitan yang bertopengkan manusia.
“Bodoh!
You ingat dengan penampar you tu boleh selamatkan diri you ke? Jangan salahkan I kalau you sendiri yang cari nahas. Tadi I minta cara baik tapi you
taknak bagi. Now it’s too late, dear.
You dah takde peluang nak larikan
diri. HAHA “ Ugutan kedua. Kali ini Hanisah terbaring lemah dek tamparannya
yang dibalas. Makin Hanisah berdegil, makin keras hati lelaki itu untuk
mengasihaninya.
Mulutnya
ditekup kuat. Hanisah mulai lemas. Setiap helaian baju gadis itu direntap dari
tubuhnya. Auratnya yang dipelihara dari pandangan orang bukan muhrim, malah
rambutnya yang dijaga walau sehelai dari berjuta, kini telah menjadi tatapan
Amran. Selama bertahun dia melindungi dirinya, akhirnya tewas pada lelaki yang
telah dia percayai!
Matanya
kian kelam. Nafas Amran jelas kedengaran di telinganya. Dipalingkan wajahnya
kerana tidak sanggup rasanya untuk melihat perlakuan Amran itu.

No comments:
Post a Comment